TAHNIAH & SELAMAT DATANG KE SDARY!
Dengan penuh rasa hormat dan kegembiraan, kami warga SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub (SDARY) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Encik Saufi bin Mat Kahar
atas pelantikan sebagai Pengetua SDARY bermula 8 Disember 2025.
Kehadiran Tuan sebagai nakhoda baharu sekolah ini pasti memberikan semangat baharu, energi positif, dan arah tuju kepimpinan yang lebih mantap demi kecemerlangan warga SDARY.
Semoga di bawah pimpinan Tuan, SDARY terus melakar pencapaian cemerlang dalam akademik, sahsiah, kokurikulum dan inovasi.
Kami sedia bergerak seiring, berganding bahu dan melangkah penuh keyakinan demi menjadikan SDARY sekolah hebat yang terus menjadi kebanggaan masyarakat Merlimau dan Melaka.
Selamat datang ke keluarga besar SDARY!
Bersama kita cipta legasi kecemerlangan yang lebih gemilang.
#SDARYHebat
#PemimpinBerwibawa
#AnjakanKecemerlangan
#TEAMsdary